![]() |
![]() mua schedule going to penang [visit kak wahida]-mid july going to Bintulu [visit kak zaiti]-mid december get my degree@grad-2010 buy a car-viva@satria gti-2011 house for mum n dad-2013 RSS Atom
|
Thursday, July 26, 2007
rumah baru salam... kepada semua yang sudi bertandang ke rumah ni...tuan punya rumah ni dah berpindah ke rumah baru...pasni sume pakat2 singgah rumah baru sy ye... alamatnye... http://d-other-side-of-me.blogspot.com/ semoga jumpa lagi! Friday, July 06, 2007
hibernation mode salam... to all my fwens, i'm goin to be in hibernation mode..so, u won't get to see or read my new entry. until when? i dunno...until everytin turns back to normal i guess...hmm... *goin to enter IIUM dis sunday. *goin to start my 2nd year degree dis monday *goin to be DAMN busy *goin to IGNORE everytin k, guys...take care. jaga iman, jaga diri, jaga hati.
dis is for samwan...who wants me to run away... Lari lari lari Tuesday, June 19, 2007
hepi beday MOM... 180607 2209 pm
Hepi beday, MOM..Hepi father's day, ABAH.. Ari ni celebrate beday mama+father's day untuk abah (sebab masa beday abah 25 april yang lepas aku tengah 'gila' kat benda lain). Aku keluar dengan mama lepas maghrib tadi. Hajat nak beli charger nset mama je on the way gi amik abah balik keje. Tapi kebetulan lak kedai nset tu sebelah kedai kek. Mama lak nak beli roti, so aku dengan selambe nye beli kek untuk mama ngan abah. Mama banyak kali cakap tak yah kat aku..sampai kakak dalam kedai kek tu tergelak tengok kitorang. Hahah..abah duk nunggu dalam kete je. Akhirnya, aku beli jugak. N for the first time, aku beli kek tu guna duit aku sendiri. Khas untuk mama ngan abah¡aku tahu, mama bahagia, walaupun dia cuba elak dengan tak senyum (aku nampak jugak mama sengih lebar..haha). Yelah, masuk je dalam kete, abah terus bising pasal kete yang dah calar (mama langgar tiang masa parking kat tempat keje pagi tadi..huu..) tapi bila mama cakap "ayuz beli kek", abah terus diam. Aku tau, abah pun turut sama hepi..hihi..sebab aku nampak abah senyum,walaupun abah aku tu jarang senyum.. Balik umah, lepas solat isya', kitorang makan kek..abah makan nasik..mama ajak toksu datang sama. Toksu datang dengan bayah+kak lang. kami makan reramei..n mama tak abih2 cerita tentang kedegilan aku beli kek tu walaupun mama halang kat toksu¡aku tau, mama cite tu sebab mama sonok..(ye la, kalau aku jadi mama pun, aku sonok) Huu.. Untuk mama, u'r the best mom in the world. And u'r my soul.. Untuk abah, u'r the best father in the world. And u'r my heart.. Uhuhu..even famili kita tak macam keluarga lain. Even sume kengkawan aku takut bila tengok abah, even kengkawan aku cakap famili aku memang agak sunyi, aku tetap sayangkan famili aku. Cuma biasalah, terkadang aku memberontak bila tengok famili orang lain lebih bahagia dari famili aku. Tapi, jauh di sudut hati aku, aku masih bersyukur sebab ada ayah dan mak macam mama dan abah. They're special in their own way. Tak leh bayang satu hari tanpa abah dan mama..walaupun macam tu, aku tahu, aku kena bersedia jugak satu hari nanti..and sekarang ni, aku nak bahagiakan diorang..bab aku kahwin? Haha..tangguh dulu yek..maaf ye kengkawan..aku kensel kawin awal..aku kene setel banyak benda tentang famili ni..tunggulah dulu 6 @ 7 tahun lagi.. Adios. Saturday, June 16, 2007
i need a quiet day in life this poem is taken from kak zaiti's blog, which was written by abang zul and was dedicated for me...so i decided to put it in my blog...as this is exactly how i feel right now... thanks to abang zul n kak zaiti... (wherever you go and find darkness in your life : what you have to do is to light the lamp within yourself..) the other side of the story 160707 1449pm "the other side of the story" just finished reading 'the other side of the story' by marian keyes (book that i bought when i was on the day out with adik zira). i wonder why this time it took me a week to finish reading a book when all these times, it only takes me 3 days to finish it. but this book is special. learned a lot of things reading this book. "when you thought you had it all, that's when you lost it..." aku selalu ingat kata2 ni. kata2 dalam lagu linkin park yang aku dengar hari2. kadang2 aku banyak belajar dari benda yang aku dengar dan baca. aku banyak belajar dari lagu2 yang aku dengar. dan bila the words keep on humming in my head, aku banyak aplikasikan dalam hidup aku. dat's me. ari jumaat lepas bos aku tanye aku, dari mana aku belajar bahasa inggeris sampai leh amik tesl. aku tak tau nak jawab macam mane sebab aku tak belajar pon. aku hanya dengar lagu, dan aku hanya baca buku-A LOT OF BOOKS. i guess, that's the other side of the story...cerita macam mana aku leh minat bahasa inggeris... tapi aku nak cakap tentang cerita lain...the other side of the other story... last thursday, i went to terminal putra-alone-and at night. aku ingat aku gi sane nak bagi salinan risalah yang aku dah print out kat samwan. aku gi sane, naik putra. and it took me an hour untuk sampai sane. lepas sampai, aku tunggu sorang2 for about an hour...tapi...takde pape..dia tak datang...dia penat...dia letih...dia tak larat...dan dia nak aku faham...dan aku dengan sefaham yang mungkin, aku terus balik...walaupun aku cakap kat dia aku nak gi wangsa maju. the other side of the story is...aku tak gi pun wangsa maju. aku buat cerita tu sebab aku tanak dia marahkan aku. and it serves me well. lepas aku letak fon (aku tak sanggup dengar dia maki aku lagi), aku terus balik kelana jaya. and again, it took me an hour utk sampai rumah. aku spent almost 3 hours FOR NOTHING. dan sepanjang jalan dari terminal putra ke kelana jaya tu, aku menangis...sampai orang kat sebelah aku pun freaked out...kelakar pulak bila aku fikir balik. dan dia tak patut tahu tentang ni. aku selalu buat benda FOR NOTHING sejak kebelakangan ni. and mostly benda tu mesti ada kaitan dengan dia. kadang2 aku tak faham...kenapa aku sanggup buat macam ni. adakah dengan cara ni dia akan lebih menghargai aku? NOPE...absolutely nope..hanya aku yang lebih merasa diri ni terhina... tapi takpe...for every story, there's always another side of the story...dan the other side tu hanya dia dan ALLAH yang tahu...macam mana hanya aku dengan ALLAH yang tahu the other side of my story... hmm... semalam aku bermimpi...dalam mimpi tu, aku mencari dia..aku nak sangat dia pandang aku dalam mimpi tu...tapi dia takde..dalam mimpi tu, aku menangis...bila aku terjaga, pipi aku basah...Tuhan, aku menangis bebetul rupenye...sama macam yang pernah jadi kat aku masa dia mula2 tinggalkan aku dulu...sampai dalam mimpi aku mencari dia...kalau dalam mimpi pun dah macam tu...apatah lagi dalam realiti ni... aku ingat lagi ayat dia...masa dia meyakinkan aku tentang betapa dia positif untuk bersama aku...(dan membuatkan aku menolak hafizan bulat2).. "sy serius. sy tak pernah main2 pasal ni. jap lagi sy nak bagitau mak" tapi dia tak pernah bagitau mak...dia tak pernah buat ape yang dia cakap pada aku... aku dah kehilangan...dan semakin lama, aku semakin menghilang...
Friday, June 15, 2007
::berlari:: biarkan aku berlari tingi ke langit biru agar aku bisa berdiri biar tutur ku kian kelu biarkan aku pergi jangan lagi kau kesali tak ingin lagi ku berpaling meski untuk terakhir kali hati ini telah terlalu perit menahan gelora yang kian membukit pada mimpi yang kelat serta sisa impian palsu biarkanlah aku pergi mampirkan diri pada tinta bisu mangkir pada hakikat mungkir pada janji... Thursday, June 14, 2007
percisan minda langkah semakin buntu aku semakin merapu mencari kilauan itu yang semakin sirna pada kelabu jalanku rasanya gerutu tak tahu yang mana satu aku takut aku tertipu oleh bayang bayang mataku sinar itu rupanya masih kelabu kelam malam menelan sisip keliru memuntahkan hijau warna sebu hilanglah kaca permata nan satu oh, jalan ini masih panjang rupanya... hatred 130607
Wednesday, June 13, 2007
untuk pemilik rusuk kiri ini... 11:16 PM 4/23/2007 salam.. buat sesiapa yang bakal menjadi pemilik rusuk kiri ini... aku mengantuk, mungkin keletihan setelah dibebani dengan kerja yang banyak sewaktu di tempat kerja tadi. namun semakin aku cuba untuk melelapkan mata ini, semakin teruk aku dibebani rasa rindu pada seraut wajah...wajah yang aku sendiri tidak ketahui milik siapa...cuma yang aku tahu, dia adalah pemilik diriku, yang dijadikan dari rusuk kirinya...puas aku cuba mentafsir wajah itu, namun hingga kini, hingga ke saat kedua kelopak mataku mulai rapat, aku masih tidak dapat mentafsir wajah itu.. untuk seraut wajah itu, rusuk kiri mu ini sebenarnya sangat rindukan kehadiranmu. aku tahu, mungkin bukan waktunya lagi untuk kita bersama dalam satu hubungan yang dihalalkanNya. biarlah...biarkan aku terus menanti, dalam menunggu jawapan pada munajat ku selama ini. yang aku tahu, aku pernah menjejaki rumahmu di dalam mimpiku...waktu itu, rumah itu kosong...yang ada hanya sebuah almari yang dipenuhi buku-buku...rumah itu ketika itu berwarna hijau..hanya wajahmu yang tidak ku lihat sewaktu di dalam mimpi itu. ku ajukan soalan pada ayah angkatku...apakah ertinya mimpi itu? mimpi yang ku perolehi setelah 7 malam aku mengajukan istikharah padaNya (Tuhan, jauhi aku dari rasa riak...) hanya jawapan abi, aku semakin hampir padamu...aku telahpun menjejaki rumahmu...hanya tinggal masa untuk bertemu denganmu...dan disatukan di bawah restu Allah...aku bersyukur...tidak tergambar perasaanku ketika itu...dan aku menjadi semakin rindu... aku akui, bukan sekali dua hati ini pernah didiami oleh lelaki lain...pun bukan sekali dua aku cuba mengikrarkan janji setia...hujungnya, perhubungan itu terputus di tengah jalan. bukan sekali dua aku terluka kerana perbuatan kaum mu sendiri...apa lagi yang tidak aku lalui? dirampas teman baik? dimainkan perasaan walaupun si dia sebenarnya telahpun berpunya? apa lagi? cuma aku tidak mahu engkau tahu cacat cela ku itu...aku tidak mahu sejarah silamku...itu hanya telahku...aku tahu, bila aku telahpun halal menjadi milikmu, telah menjadi hak mu untuk mengetahui masa silamku...biarlah...biarkan aku menyimpan segalanya...hingga saat aku diijabkabulkan denganmu nanti... aku juga akui, hati ini terlalu menyayangi mu, biarpun aku masih tidak tahu siapa dirimu. di dalam hati ini, telah pun aku ikrarkan untuk setia, walaupun dirimu belum ku temui...telahpun aku gariskan batasan untuk hatiku dan diriku dari bergaul dengan kaum sejenismu, semata-mata menjaga hati ini...hanya untukmu... dan telahpun aku ikrarkan dalam hati ini, tidak akan aku menyintaimu lebih dari cintaku pada ALLAH, dan pada RASULULLAH...maafkan aku, sedalam mana pun cintaku padamu, tak mungkin aku mencalari cintaku pada KEKASIH ku YANG AGUNG itu...cintaku pada kedua ibu dan ayahku juga tidak sehebat cintaku pada ALLAH dan RASUL...mana mungkin untuk aku mencintaimu seperti itu... aku tahu, kau jua bimbang...andainya aku menyayangimu melebihi KEKASIH AGUNG itu...aku jua tahu, kau pasti bimbang seandainya aku sering sangat memikirkan dirimu..ketahuilah, apabila aku teringatkan dirimu, dengan segera ingatan itu kembali pada ALLAH...dan dengan segera aku terasa yang aku semakin jatuh cinta pada ALLAH, kerana dianugerahkan rasa cinta terhadap dirimu... untuk pemilik rusuk kiri ini, kekasihku... aku tahu, kau jua sama sepertiku. kau juga sedang menanti saat kita diijabkabulkan untuk kau lafazkan cintamu selama ini. aku tahu kau jua sedang menanti saat itu untuk kau luahkan segala rindu yang kau pendam selama ini... kekasihku, (walau siapapun dirimu) maafkan aku. aku bukanlah wanita sempurna yang mungkin kau idamkan di dalam mimpimu. aku jua bukanlah wanita cantik, secantik bidadari yang sering kau impikan sewaktu jagamu...aku bukanlah wanita yang lembut, yang kau harapkan untuk menghiasi hidupmu..aku...serba kekurangan... namun kekasih, dengan kekuranganku itu, aku berjanji, akan cuba sedaya upayaku untuk menjaga mahligai kita. aku akan sedaya upaya cuba melengkapi diriku untuk menempuh alam rumahtangga bersamamu. aku jua punya impian yang sama denganmu, untuk membina baitul muslim yang kita idam-idamkan...dengan permata penyeri rumahtangga kita nanti...mungkin tidak sebahagia keluarga lain, tapi yang pasti kita akan bahagia dengan cara kita sendiri...akan ku jaga makan dan minum mu, akan ku jaga pakai mu, akan ku asuh dan didik anak-anak mu...supaya mereka menjadi mujahid dan mujahidah yang bakal menggegar dunia dengan semangat seorang mujadid... imamku, sehingga ke detik ini pun, aku sudah membayangkan kebahagiaan kita. maafkan aku. lemahnya imanku...goyahnya hatiku pada godaan syaitan.. namun, aku harap, dengan terciptanya aku dari rusuk kirimu yang bengkok, akan kau cuba untuk meluruskannya dengan kelembutan dan kesabaran, bukan dengan kekasaran... aku tahu, terkadang aku sering terkasar bahasa. aku sering mencabar sabar, aku sering memberontak...maafkan aku...terkadang aku bukan berniat untuk menyakiti, namun aku hanya inginkan perhatian...lumrah seorang wanita, yang sentiasa dahagakan perhatian...maafkan aku... imamku, kesabaranmu sebenarnya telah mengikat hati ini, untuk bersama-samamu dalam perjuangan memartabatkan ISLAM yang dicintai...untuk menjadi sayap kirimu...dan untuk mengutip pahala jihad di sisimu, sebagai ISTERImu... YA ALLAH, Kau tabahkanlah hati ini dalam penantian ini... Kau permudahkanlah segala urusan kami... buat sementara waktu ini, Kau jagalah dia di pihakku... bila masanya tiba nanti, Kau redhailah hubungan ini... dan Kau satukanlah kami dengan limpahan kasihMu... Kau temukanlah kami dalam hubungan yang sah dan halal... amin...ya Rabbal 'Alamin... imam, dalam dada ada bara cinta yang menyala dalam cinta ada kita berdua tiada siapa bisa merungkai rindu di jiwa dengan iman dapat kita membendungnya... ingatlah lagu itu, lagu kita berdua... ::chemistry:: 130607 But I'm not sure of the reasons why. I do feel that I have this strong chemistry with him. I do feel like I want to spend my whole life with him. I do feel that I can work with him. I do feel like I understand him more than I understand myself. I do feel like he understands me. I do feel like he knows how I feel, and the other way round. I do feel like he can predict how I feel. And I do feel like he can know what I am thinking about! Hah…what a weird feeling I have… Looks like I'm going no where.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||